The Step - Every Story Moves You

Menuju konsert, peminat lega tiket terakhir MCR dilepaskan

Zon tambahan di bahagian Tier 3 akan dibuka untuk siri jelajah My Chemical Romance South East Asia 2026.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan22 Oktober 2026 pada 01:09 PTG1 min bacaanDikemas kini 22 Oktober 2026 pada 01:15 PTG
Zon tambahan di bahagian Tier 3 akan dibuka untuk siri jelajah My Chemical Romance South East Asia 2026.

Zon tambahan di bahagian Tier 3 akan dibuka untuk siri jelajah My Chemical Romance South East Asia 2026.

Kumpulan rock popular Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR), membuka zon baharu bagi kategori Tier 3 sempena konsert My Chemical Romance South East Asia 2026 yang bakal berlangsung di TM Stadium Nasional bulan depan.

Meredakan keresahan peminat band yang cukup dikenali menerusi lagu Helena itu, tiket tambahan terakhir konsert mega My Chemical Romance Live in Kuala Lumpur akan dibuka untuk jualan pada hari ini (22 Oktober 2026).

Perkara tersebut diumumkan penganjur, Hello Universe menerusi laman sosial GoLive Asia, sekali gus menafikan dakwaan ramai di gelanggang media sosial kononnya konsert berkenaan akan dibatalkan susulan kurang promosi meskipun menjelang 30 hari tarikh keramat persembahan.

“Peluang akhir untuk tonton My Chemical Romance secara langsung di Kuala Lumpur.

“Zon tambahan di bahagian Tier 3 akan dibuka untuk siri jelajah My Chemical Romance South East Asia 2026.

“Untuk mereka yang terlepas mendapatkan tiket tempoh hari, ini peluang kalian untuk mendapatkan tiket dan menjadi sebahagian daripada pengalaman,” tulis kenyataan terbabit di Instagram.

Peminat tegar band yang dikenali sebagai Killjoys berpeluang mendapatkan tiket konsert anjuran Hello Universe Malaysia itu bagi menyaksikan persembahan kumpulan yang popular menerusi album The Black Parade itu.

Menurut penganjur, peminat disarankan memasuki ruang menunggu dalam talian 30 minit sebelum jualan tiket bermula.

Konsert berkenaan dijadual berlangsung pada 19 dan 20 November ini di Stadium Nasional.

Maklumat lanjut mengenai penjualan tiket boleh didapati menerusi laman web rasmi penganjur, GoLive Asia.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 199 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com