Marissa Dania hadiahkan diri BMW, Norman Hakim bangga dengan usaha anak
Norman turut menitipkan pesanan agar Marissa tidak mudah berpuas hati, sebaliknya terus berdoa dan berusaha untuk mencapai impian lebih besar.


Norman Hakim meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak perempuannya, Marissa
PELAKON dan usahawan, Norman Hakim meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak perempuannya, Marissa Dania yang berjaya menghadiahkan diri sebuah kereta BMW hasil titik peluh sendiri.
Menerusi perkongsian di Instagram, Norman mengucapkan tahniah kepada Marissa sambil memuji disiplin, kebijaksanaan dan keazaman anaknya yang disifatkan sebagai kunci kepada kejayaan tersebut.
“Tahniah, anak. Kamu telah bekerja sangat keras dan membuktikan bahawa kebijaksanaan, disiplin serta keazaman mampu membawa kamu jauh.
“Kamu memang layak menghadiahkan diri dengan ‘mainan ketiga’ kamu,” tulisnya.
Dalam perkongsian itu, Norman turut menitipkan pesanan agar Marissa tidak mudah berpuas hati, sebaliknya terus berdoa dan berusaha untuk mencapai impian lebih besar.
“Terus berdoa dan berusaha kerana sesuatu yang terasa mustahil bagi kita tidak pernah mustahil bagi-Nya,” katanya.
Sementara itu, Marissa turut berkongsi kegembiraannya menerusi Instagram dengan memuat naik foto sebuah BMW berwarna putih yang dihiasi reben merah, dipercayai sebagai hadiah istimewa buat dirinya.
Pencapaian itu pastinya menjadi satu lagi momen membanggakan buat Marissa yang membuktikan hasil usaha dan kerja keras mampu membuahkan kejayaan.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

Hello Universe realisasikan impian peminat, 130,000 saksi kehebatan My Chemical Romance

PU Riz seru umat Islam bersatu pelihara kesucian agama

‘Ada sebab lagu Pencuri sembilan tahun tersimpan’ - Haiza


