Kena serangan jantung, Ali XPDC dikejarkan ke hospital
Ali pernah dimasukkan ke hospital sama selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada Januari lalu

Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang selepas mengalami serangan jantung dan masalah paru-paru berair
PENYANYI kumpulan XPDC, Ali, 58, dikejarkan ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang selepas mengalami serangan jantung dan masalah paru-paru berair, tengah hari semalam.
Menurut laporan Berita Harian, perkara itu dimaklumkan rakan baiknya, Fuad Syahrin, yang menerima gambar keadaan Ali sedang menggunakan alat bantuan pernafasan di hospital.
Fuad berkata, anak lelaki Ali, Wan Aliuddin Aqiel, membawa bapanya ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan.
Ali kini ditempatkan di wad kecemasan dan menerima pemantauan rapi daripada doktor.
Sebelum ini, Ali pernah dimasukkan ke hospital sama selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada Januari lalu akibat jangkitan virus dan masalah paru-paru berair.
Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail mengerjakan ibadah umrah pada 12 Januari dan kembali ke tanah air pada 24 Januari lalu.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


