Kebun hangus dijilat api… “Syukur kami selamat” - Ben Amir
Tiba-tiba terhidu bau asap yang sangat kuat ketika sedang berehat di rumah.

Ben bersyukur kerana dia dan isterinya berada dalam keadaan selamat
Pelakon Ben Amir yang kini menetap di Pulau Siargao, Filipina, bersama isterinya berdepan detik mencemaskan apabila kebakaran hutan berlaku berhampiran kediaman mereka, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 36, meluahkan rasa takut apabila tiba-tiba terhidu bau asap yang sangat kuat ketika sedang berehat di rumah.
Menurutnya, kebakaran yang berlaku di kawasan berhampiran rumahnya merebak dengan pantas berikutan keadaan angin yang kuat.
“Tadi aku tengah rehat kat rumah bila tiba-tiba bau asap kuat gila. Ia kebakaran hutan dekat tanah sebelah rumah aku dan disebabkan angin sangat kuat, api mula merebak dengan cepat,” tulisnya.
Menurut pelakon drama Sweet Dreams itu, keadaan menjadi semakin mencemaskan apabila seluruh kawasan kediamannya dipenuhi asap.
Katanya, situasi berkenaan amat menakutkan kerana api berada begitu hampir dengan rumah mereka.
“Seluruh kawasan tiba-tiba dipenuhi asap dan sejujurnya, ia sangat menakutkan,” katanya.
Bagaimanapun, kawasan kebun miliknya dilaporkan hangus terbakar dalam kejadian berkenaan.
Ben turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tampil membantu, termasuk mereka yang memeriksa keadaan jiran dan berusaha memastikan kebakaran dapat dikawal.
Menurutnya, kejadian itu membuatkan dia dan isterinya benar-benar terkesan kerana menyedari keadaan tersebut boleh berakhir dengan lebih buruk.
“Ini boleh berakhir dengan keadaan yang sangat berbeza. Saya sangat bersyukur kerana kami selamat, rumah kami masih berdiri dan kami masih diberi peluang untuk bangun esok,” katanya.
Pada masa sama, Ben turut menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan susulan kejadian berkenaan. - THE STEP
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

FAM Trip buka peluang agensi pelancongan ‘jual’ Putrajaya
Deel Anjer · 14 September 2026 pada 10:02 PG

Penyu belimbing kembali ke Pantai Rantau Abang, 81 telur ditemui
Deel Anjer · 14 September 2026 pada 06:59 PG

Faraj longgar sebab kerap seks? Dr Afif bongkar mitos sebenar
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 09:02 PG

“Jangan beri ruang kepada suara negatif”... Healing Centre Dr Hisham bantu selebriti pulih emosi
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 08:39 PG
Berita berkaitan

“Jangan beri ruang kepada suara negatif”... Healing Centre Dr Hisham bantu selebriti pulih emosi
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 08:39 PG

Peminat Siti Nurhaliza diingatkan waspada penipuan tiket, t-shirt Gema Bumantara
Deel Anjer · 12 September 2026 pada 04:51 PTG

Aaron Kwok Bawa 'ICONIC World Tour 2026' Ke Kuala Lumpur
Danial Adam · 6 September 2026 pada 11:00 PTG

Siti Nurhaliza Umum Konsert 'Gema Bumantara' Di Stadium Bukit Jalil Oktober Ini
Danial Adam · 4 September 2026 pada 08:00 PTG

