EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Hiburan

IVF kali kedua... Isteri Achey akui berdebar, takut dan teruja

Perjalanan IVF bukan sesuatu yang mudah

Deel Anjer20 September 2026 pada 05:29 PTGDikemas kini 20 September 2026 pada 06:01 PTG
Menerusi perkongsian di platform Threads, Anne berkata pengalaman IVF sebelum ini membuatkan emosinya kali ini lebih bercampur-baur,

Menerusi perkongsian di platform Instagram, Anne berkata pengalaman IVF sebelum ini membuatkan emosinya kali ini lebih bercampur-baur

Isteri kepada pelawak Achey, Anne mengakui perasaannya bercampur-baur ketika kembali menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) buat kali kedua.

Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya berkata, dia berasa gementar, berdebar, takut, risau namun pada masa sama teruja untuk melalui semula perjalanan mendapatkan zuriat menerusi rawatan berkenaan.

Menerusi perkongsian di platform Instagram, Anne berkata pengalaman IVF sebelum ini membuatkan emosinya kali ini lebih bercampur-baur, namun dia dan Achey cuba kekal positif serta tidak putus berdoa agar segala urusan dipermudahkan.

“Ramai yang tertanya-tanya tentang perjalanan IVF kali kedua kami. Sejujurnya, perasaan kali ini bercampur-baur.

“Ada rasa berdebar, takut, risau, teruja dan dalam masa yang sama kami cuba untuk terus kuat dan positif,” luahnya.

Menurut Anne, perjalanan IVF bukan sesuatu yang mudah kerana dia dan Achey pernah melalui pelbagai pengalaman serta menitiskan air mata tanpa diketahui orang lain.

“Perjalanan IVF bukan sesuatu yang mudah. Banyak yang kami lalui, banyak doa yang kami titipkan dan banyak juga air mata yang jatuh tanpa sesiapa tahu.

“Tapi kami percaya, setiap perjalanan yang Allah aturkan pasti ada hikmahnya,” coretnya.

Anne sebelum ini pernah menjalani rawatan IVF pada 2022, namun rezeki untuk mendapatkan zuriat menerusi kaedah berkenaan belum menyebelahi mereka.

Anne dan Achey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan memiliki seorang anak angkat perempuan, Nur Tiara Zinnirah

Tentang Penulis

Foto profil Deel Anjer
Deel Anjer

Wartawan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Berita berkaitan