EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Hiburan

Filem Wanted By Family mengambil lokasi penggambaran di Malaysia bakal ditayangkan di lebih 25 negara

Filem yang asalnya diberi judul Mr VIP dan kini ditukar ke Wanted by Family atau Matlob A’liliyan (bahasa Arab)

Deel Anjer28 September 2026 pada 08:54 PGDikemas kini 28 September 2026 pada 11:28 PG
Penerbit dan ahli perniagaan Abdulrahman Suud

Penerbit dan ahli perniagaan Abdulrahman Suud

Filem yang asalnya diberi judul Mr VIP dan kini ditukar ke Wanted by Family atau Matlob A’liliyan (bahasa Arab) itu bakal ditayangkan di lebih 25 buah negara meliputi lebih 450 pawagam.

Kata Abdulrahman lagi, filem arahan Mootaz El Tomy itu juga dalam rangka perbincangan dan pengesahan untuk ditayangkan di Malaysia dengan bantuan pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Untuk tayangan di Malaysia, pihak kami sudah menguruskan dokumen berkaitan dengan kerjasama serta bantuan FINAS. Pihak kami juga sudah bertemu Ketua Pegawai Eksekutif organisasi berkenaan, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

“Ikut perancangan tayangan di Malaysia juga berkemungkinan besar dalam bulan sama. Semoga segala yang dirancangkan akan dipermudahkan,” kata Abdulrahman.

Poster filem Wanted By Family
Abdulrahman turut bertemu dengan pihak FINAS

Menjelaskan lagi secara terperinci, Abdulrahman berkata antara  25 negara yang bakal menayangkan filem lakonan bintang sensasi Arab, Karim Abdel Aziz dan Yasmine Sabri.

Itu termasuklah negara Arab seperti Egypt, Qatar, Iraq, Oman, Lebanon, Kuwait, Bahrain, Syria, Morocco, Algeria, Tunisia dan Jordan.

“Tak ketinggalan di lokasi seperti Amerika Syarikat, Kanada, Turki, Australia,  United Kingdom, Ireland, Perancis, Sepanyol, Portugal, Itali, Jerman, Switzerland dan Sweden.

“Negara lain, termasuklah Poland, Belgium, Holland, Denmark, Netherlands, Norway, Luxembourg, Finland, Greece, Brazil dan Argentina,” katanya optimis.

Pesona Karim Abdel Aziz masih hebat dan digilai peminatnya
Penerbit dan ahli perniagaan Abdulrahman Suud
Penerbit dan ahli perniagaan Abdulrahman Suud
Yasmin Sabri sebagai heroin filem
Pelawak Mesir terkenal, Mostafa Khater juga membintangi filem ini

Bercerita lanjut mengenai filem yang turut mengambil lokasi penggambaran lebih 40 peratus di Malaysia itu, Abdulrahman optimis menjadikan medium seni sebagai ruang mempromosikan industri pelancongan tanah air.

“Macam saya tekankan dalam kenyataan sebelum ini, kecintaan saya terhadap Malaysia tiada kompromi. Sejak usia lapan tahun lagi saya datang ke Malaysia saat ibu bapa menerima tawaran kerja di ibu kota.

“Bersekolah dan mencari rezeki di Malaysia selain pernah menetap di Jepun dan India,  bumi Malaysia sudah memahat rasa paling istimewa yang lahir tanpa prejudis.

“Justeru, saya mahu usaha menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama syarikat penerbitan filem dan TV negara Arab akan mencipta kesinambungan,” Katanya.

Penerbit dan ahli perniagaan Abdulrahman Suud
Penerbit dan ahli perniagaan Abdulrahman Suud

Tambah Abdulrahman lagi, dia optimis sambil menyifatkan filem

bercorak komedi sosial yang turut dibintangi pelawak terkenal Mesir, Mostafa Khater itu bakal meningkatkan lagi tarikan sektor pelancongan tanah air.

“Kalau tonton treler filem ini, peminat Karim Abdul Aziz dan Yasmin Sabri khususnya akan ‘teracun’ untuk menjejaki lokasi dan destinasi menarik Malaysia yang dipaparkan. Malah nama Malaysia sendiri disebut berulang kali dalam filem ini.

“Melihat ‘footage’ treler ini sendiri saya takjub melihat bagaimana tarikan bangunan pencakar langit seperti KLCC, Menara KL dan Bangunan Sultan Abdul Samad contohnya ‘dipromosikan dengan begitu indah.

“Itulah juga yang saya sasarkan dalam penerbitan filem sebegini. Malah saat ini, saya dalam rangka memulakan projek filem baharu dengan judul sementara, One Way Ticket di Malaysia membabitkan lokasi lain di negara ini,” Katanya.

Penerbit dan ahli perniagaan Abdulrahman Suud
Penerbit dan ahli perniagaan Abdulrahman Suud

Julai lalu, berita mengenai penggambaran filem yang mengambil latar Malaysia dilaporkan media.

Malah, filem terbabit turut mendapat sokongan kerajaan Malaysia, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC)c Agensi Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Istimewa juga produksi filem itu menggunakan 220 orang kru tempatan. Selain, 33 kru termasuk artis dari Mesir.

Untuk info, nama produksi memang ejaan Inifinity Films dan bukan typo. Sebab nama infinity yg diinginkn sudah diambil orang dalam SSM.

Tentang Penulis

Foto profil Deel Anjer
Deel Anjer

Wartawan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Berita berkaitan