The Step - Every Story Moves You

“BerAliff Aziz dahulu, berSyed Saddiq kemudian” – Netizen cipta ‘peribahasa baharu’ sempena hari pernikahan BASS

“Dua tiga Aliff Aziz berlari, manakan sama Syed Saddiq seorang.” “Di mana Aliff Aziz dipijak, di situ Syed Saddiq dijunjung.”

TS
Oleh The StepPengarang Berita8 Oktober 2026 pada 05:07 PTG1 min bacaanDikemas kini 8 Oktober 2026 pada 11:03 PTG
“Dua tiga Aliff Aziz berlari, manakan sama Syed Saddiq seorang.” “Di mana Aliff Aziz dipijak, di situ Syed Saddiq dijunjung.”

Bella dan Syed Saddiq bakal bernikah esok. Semoga segalanya dipermudah.

MENJELANG hari pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (BASS), kreativiti netizen di media sosial mencuri perhatian apabila mereka mencipta deretan ‘peribahasa baharu’ yang mengaitkan nama pasangan berkenaan dengan Aliff Aziz.

Gelagat itu tercetus susulan perbincangan hangat sempena hari pernikahan Bella dan Syed Saddiq yang bakal berlangsung esok.

Antara ‘peribahasa’ yang direka netizen termasuklah ‘BerAliff Aziz dahulu, berSyed Saddiq kemudian’ dan ‘Buang yang Aliff Aziz, ambil yang Syed Saddiq’.

Tidak kurang mencuit hati apabila ada yang meminjam peribahasa Melayu popular untuk menghasilkan versi baharu seperti ‘Kalau tidak dipecahkan Aliff Aziz, manakan dapat Syed Saddiqnya’ serta ‘Kusangkakan Aliff Aziz hingga ke petang, rupanya Syed Saddiq di tengah hari’.

Malah, kreativiti netizen semakin menjadi-jadi dengan beberapa lagi versi seperti:

“Dua tiga Aliff Aziz berlari, manakan sama Syed Saddiq seorang.”

“Di mana Aliff Aziz dipijak, di situ Syed Saddiq dijunjung.”

“Sepandai-pandai Aliff Aziz melompat, akhirnya jatuh ke Syed Saddiq juga.”

Ada juga yang mengubah peribahasa “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri” kepada:

“Aliff Aziz di negeri orang, Syed Saddiq di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.”

Tidak ketinggalan, seorang netizen secara berseloroh menulis:

“Dua puluh tiga kali Aliff Aziz curang, manakan sama dengan setia Syed Saddiq seorang.”

Ragam komen berkenaan nyata memperlihatkan sisi humor netizen dalam meraikan pasangan itu, khususnya menjelang hari bahagia mereka.

Bella dan Syed Saddiq sebelum ini mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada esok, 10 Oktober 2026.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com