“Antara pementasan terbaik” – Perdana Menteri puji karya M. Nasir
Anwar turut menzahirkan ucapan tahniah kepada M. Nasir serta seluruh pasukan produksi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyaksikan Teater Muzikal Mansur & Liu arahan Datuk M. Nasir, malam tadi. — Instagram: Melinda Dadew
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan teater muzikal Mansur & Liu arahan maestro muzik, Datuk M. Nasir sebagai antara pementasan terbaik yang pernah disaksikannya di Malaysia.
Beliau turut berpandangan karya berkenaan mampu berdiri setanding dengan beberapa pementasan teater di luar negara, sekali gus membuktikan keupayaan produksi seni tempatan menghasilkan karya bertaraf tinggi.
“Saya rasa ini antara pementasan terbaik yang saya lihat dalam negara dan agak boleh setanding dengan beberapa (teater) tempat lain di dunia,” katanya selepas menyaksikan pementasan Mansur & Liu di Istana Budaya, malam tadi.
Anwar turut menzahirkan ucapan tahniah kepada M. Nasir serta seluruh pasukan produksi yang menjayakan pementasan berkenaan, selain menyarankan sokongan berterusan kerajaan dan pihak swasta bagi memperkukuh pembangunan seni teater tempatan.
Turut hadir menyaksikan pementasan itu ialah Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil serta pasangan penerbit dan pengarah, Datuk Yusuf Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Mansur & Liu berlangsung selama 11 hari di Panggung Sari, Istana Budaya, bermula 10 September lalu dan akan berakhir malam ini.
Sinopsis Mansur & Liu
Teater muzikal sulung arahan M. Nasir itu mengangkat kisah Sultan Melaka keenam, Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu daripada Dinasti Ming yang diadaptasi daripada Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.
Gandingan Aliff Aziz sebagai Sultan Mansur Shah dan bakat baharu Melinda Dadew sebagai Puteri Liu menerajui pementasan yang turut dibintangi Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot, Anas Ridzuan dan barisan pelakon lain.
Diterbitkan Roman Abadi dengan kerjasama Icon Entertainment, Mansur & Liu menampilkan 30 lagu serta skor muzik asli ciptaan M. Nasir.
Karya itu bukan sekadar mengisahkan pertemuan Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu, malah menyingkap kisah diplomasi, kebijaksanaan dan kasih yang merapatkan dua empayar yang dipisahkan lautan.
Tentang Penulis
Dari Penulis

SPRM, media gerak seiring kukuh usaha banteras rasuah
The Step · 19 September 2026 pada 07:56 PTG

Pengampunan bersyarat, Najib jalani tahanan rumah jika bayar denda RM50 juta
The Step · 18 September 2026 pada 01:06 PTG

Menjelang Belanjawan 2027: Perangkap gaji di Malaysia
The Step · 18 September 2026 pada 08:00 PG

Surat kelulusan Kabinet untuk kerja pelebaran Lebuhraya PLUS palsu
The Step · 17 September 2026 pada 04:05 PTG
Berita berkaitan

Yasin Sulaiman rakam vokal ‘Yang Tinggal’ dalam hospital… Kolaborasi dengan Malique, Zizi Kirana
Deel Anjer · 19 September 2026 pada 01:44 PTG

'Saya dengan Yusuf memang sudah tidak berhubung'.. Silaturahim dengan keluarga bekas mentua tetap utuh
Deel Anjer · 19 September 2026 pada 01:05 PTG

Michael Ang persoal bil elektrik meningkat… ‘Sebelum ini RM1,200, sekarang hampir RM2000’
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 09:56 PG

‘Ramai orang ingin melihat aku jatuh’ – Aisar Khaled
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 09:18 PG

