“Adab Siti Nurhaliza tak boleh dilakonkan, contoh terbaik generasi kini” – Nourul Depp
Sikap baik yang ditonjolkan Siti bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat

"Sikap baik yang ditonjolkan Siti bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat" - Nourul Depp
PENYANYI Nourul Depp menyifatkan keperibadian dan adab sopan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai contoh terbaik yang wajar dicontohi generasi masa kini.
Menurut Nourul, sikap baik yang ditonjolkan Siti bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat atau dilakonkan, sebaliknya lahir secara semula jadi daripada keperibadian penyanyi berkenaan.
Menerusi perkongsian di Threads, Nourul berkata beliau sendiri sudah mengagumi kesopanan dan kebaikan Siti sejak pertama kali mereka bertemu.
“Siapa yang tak suka atau kurang senang dengannya, akan menjadi lemah apabila melihat adab sopan dan baiknya. Ini tidak bisa dilakonkan. Ini semua semula jadi.
“Rezeki si ibu yang melahirkan, tuah suami yang memilikinya, contoh terbaik buat anak-anaknya,” tulisnya.
Nourul turut meluahkan rasa syukur apabila semakin ramai berpeluang melihat sendiri keperibadian Siti yang selama ini dikaguminya.
“Saya dari hari pertama kenal figura ini, saya hormati kesopanannya dan kebaikannya.
“Alhamdulillah lebih banyak mata melihat siapa dia sebenarnya. Contoh terbaik buat generasi kini. Syabas Siti. Tahniah atas kemenangan dan syabas atas sikapmu ini,” ujarnya.
Pujian itu hadir selepas Siti mencuri perhatian ramai pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), baru-baru ini.
Siti dilihat berpatah balik sebelum menaiki pentas bagi mencari penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan, sebelum kemudian memimpin tangan wanita berkenaan menaiki tangga untuk bersama-sama menerima anugerah Lagu Tradisional Terbaik.
Tindakan tersebut turut mendapat pujian warganet yang melihatnya sebagai gambaran rasa hormat terhadap insan yang lebih berusia serta penghargaan terhadap rakan seperjuangan.
Sikap sederhana itu sekali gus menjadikan Siti bukan sekadar diraikan atas pencapaian dalam muzik, malah turut menjadi contoh bahawa adab dan budi bahasa masih mempunyai tempat dalam kalangan generasi hari ini.
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

55,169 penjawat awam berisiko tinggi kesihatan mental, jangan hanya kejar KPI
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 03:36 PTG

“Baru 23 komen dah tutup!” – Netizen terus desak DAK dibawa pulang
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 02:43 PTG

Siti Nurhaliza cari Habsah Hassan sebelum naik pentas, budi bahasa dipuji netizen
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 10:21 PG

‘Terima kasih abang KTM, serikan anak-anak dan isteri saya dengan hon’
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 09:01 PTG
Berita berkaitan

Siti Nurhaliza cari Habsah Hassan sebelum naik pentas, budi bahasa dipuji netizen
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 10:21 PG

‘Terima kasih abang KTM, serikan anak-anak dan isteri saya dengan hon’
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 09:01 PTG



