The Step - Every Story Moves You

Sampel DNA 52 keluarga mangsa hilang di Nepal dihantar untuk pemadanan

55 rakyat Malaysia masih belum dikesan berikutan banjir dan tanah runtuh di daerah Rasuwa, Nepal, akhir Ogos lalu.

Danial Adam
Oleh Danial AdamWartawan5 September 2026 pada 08:00 PG1 min bacaanDikemas kini 7 September 2026 pada 08:09 PTG
Kawasan pergunungan selepas bencana banjir

Kawasan pergunungan selepas bencana banjir

KATHMANDU: Sampel DNA daripada keluarga 52 daripada 55 rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dikesan berikutan banjir dan tanah runtuh di daerah Rasuwa, Nepal telah diperoleh dan akan dihantar untuk proses pemadanan.

Bencana itu berlaku pada 26 Ogos, dipercayai berpunca daripada keruntuhan glasier Himalaya yang menghasilkan tenaga bersamaan gempa bumi bermagnitud 5.2.

Menteri Luar memaklumkan proses pemadanan DNA oleh pihak berkuasa Nepal dijangka mengambil masa memandangkan bilangan mangsa yang terlibat agak besar.

Sepasukan pegawai Malaysia berada di Kathmandu bagi menyelaraskan usaha pengenalpastian mangsa bersama pihak berkuasa tempatan.

Keluarga terdekat yang masih menunggu berita dinasihatkan bersabar sementara proses siasatan dan pengenalpastian diteruskan.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Danial AdamWartawan, The Step | 37 siaran

Penulis merupakan pengamal dan pemerhati bidang teknologi serta perniagaan, dengan fokus kepada penulisan analitikal berkaitan transformasi digital, infrastruktur moden, dan ekosistem komersial semasa. Berpengalaman menterjemah kerumitan landskap teknologi ke dalam wacana korporat yang strategik dan berimpak tinggi. Selain dunia penulisan dan teknologi, penulis turut berbakti dalam pembentukan sahsiah kepimpinan dan khidmat komuniti melalui penglibatan aktif sebagai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), memupuk disiplin serta komitmen jitu terhadap keselamatan awam dan integriti organisasi.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com