The Step - Every Story Moves You

Rakyat Malaysia terjejas banjir Nepal selamat kembali ke tanah air, 54 masih belum dapat dihubungi

Usaha pengesahan status rakyat Malaysia terbabit akan diteruskan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu dan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing

TS
Oleh The StepPengarang Berita3 Oktober 2026 pada 09:06 PG2 min bacaanDikemas kini 4 Oktober 2026 pada 01:06 PTG
Seorang rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan belum dapat dihubungi susulan bencana banjir dan tanah runtuh di Nepal disahkan selamat dan telah kembali ke Malaysia.

Seorang rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan belum dapat dihubungi susulan bencana banjir dan tanah runtuh di Nepal disahkan selamat dan telah kembali ke Malaysia. Foto: Media sosial

Seorang rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan belum dapat dihubungi susulan bencana banjir dan tanah runtuh di Nepal disahkan selamat dan telah kembali ke Malaysia.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan individu berkenaan hadir ke Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu pada 1 Oktober lalu, sebelum identitinya disahkan dan beliau dipastikan berada dalam keadaan selamat.

Menurut kementerian, individu terbabit kemudiannya selamat kembali ke Malaysia pada 2 Oktober 2026.

Susulan kepulangannya, pihak berkuasa berkaitan di Malaysia akan mengambil keterangan daripada individu berkenaan bagi melengkapkan rekod rasmi kes, selain menjalani saringan kesihatan.

Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu turut akan menjalankan pengesahan lanjut dengan pihak berkuasa Nepal yang berkaitan serta meneliti semula rekod berhubung kes berkenaan.

Dengan status individu terbabit kini disahkan, rekod Kementerian Luar Negeri menunjukkan seramai 54 rakyat Malaysia masih dilaporkan belum dapat dihubungi.

Kementerian berkata setiap kes akan terus disahkan secara berasingan berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui pihak berkuasa berkaitan dan saluran rasmi yang tersedia.

“Peralihan ini tidak bermakna usaha Malaysia untuk mengesahkan status 54 rakyat Malaysia yang masih dilaporkan belum dapat dihubungi telah berakhir,” menurut kenyataan itu.

Kementerian turut memaklumkan pihaknya terus memantau perkembangan di Nepal susulan pengumuman rasmi National Disaster Risk Reduction and Management Authority Nepal pada 30 September lalu bahawa operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan dan usaha kini beralih kepada operasi pencarian dan pemulihan.

Usaha pengesahan status rakyat Malaysia terbabit akan diteruskan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu dan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, selain hubungan dengan pihak berkuasa berkaitan serta saluran rasmi lain yang tersedia.

Kementerian juga akan mengikuti perkembangan proses perundangan dan pentadbiran yang sedang dibangunkan di Nepal berhubung dokumentasi serta prosedur yang terpakai kepada mangsa bencana yang masih belum dapat dihubungi.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri menegaskan maklumat peribadi lanjut mengenai individu yang telah kembali ke Malaysia tidak akan didedahkan bagi menghormati privasi beliau.

Kementerian berkata perkembangan yang telah disahkan bagi setiap kes akan terus dimaklumkan secara langsung kepada waris terdekat individu yang terlibat.

Orang ramai dan pihak media turut digesa menghormati privasi keluarga berkenaan serta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai mana-mana individu yang statusnya masih belum dapat disahkan.

Sebelum ini, dilaporkan 55 rakyat Malaysia di Nepal gagal dihubungi oleh ahli keluarga susulan tragedi banjir dahsyat di Rasuwa, Nepal.

Kerajaan Nepal turut mengeluarkan senarai nama 537 warga asing dari lebih 30 negara yang dilaporkan hilang susulan banjir terbabit.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com