Rakyat Malaysia di Arab Saudi selamat
Wisma Putra memberitahu, tiada laporan diterima mengenai rakyat Malaysia yang terkandas atau terjejas akibat gangguan penerbangan.

RAKYAT Malaysia termasuk jemaah, dilaporkan selamat dan kedudukan masing-masing telah dikenal pasti.
Demikian menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) susulan perkembangan semasa ketegangan di Arab Saudi.
Wisma Putra memberitahu, tiada laporan diterima mengenai rakyat Malaysia yang terkandas atau terjejas akibat gangguan penerbangan.
"Kementerian Luar Negeri terus memantau rapat perkembangan semasa di Arab Saudi.
"Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah kekal berhubung dengan rakyat Malaysia dan para jemaah," jelasnya dalam kenyataan.
Wisma Putra memberitahu, Malaysia menghargai tindakan pantas dan berkesan yang diambil oleh pihak berkuasa Arab Saudi dalam memastikan keamanan dan keselamatan Makkah serta penduduk, pengunjung dan jemaah di kota suci tersebut sentiasa terpelihara.
Katanya, meskipun terdapat beberapa amaran keselamatan setempat, kehidupan seharian dan aktiviti ibadah terus berjalan seperti biasa.
"Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di Arab Saudi dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
"Rakyat Malaysia yang masih belum berdaftar turut digesa untuk mendaftar melalui e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my," katanya.
Sistem pertahanan udara Arab Saudi memintas dan memusnahkan dron didakwa dilancarkan oleh kumpulan Houthi berhampiran Makkah, kelmarin, ketika ketegangan dengan kumpulan itu meningkat.
Tentang Penulis
Dari Penulis

DBKL gempur penjaja asing, sembilan sitaan direkodkan
The Step · 17 September 2026 pada 09:36 PG

Polis jalankan siasatan kejadian curi kabel di Jalan Jelatek
The Step · 16 September 2026 pada 04:58 PTG

Pandangan pengampunan Najib dibuat selepas teliti pendapat bertulis AG – Hannah
The Step · 16 September 2026 pada 11:20 PG

Sindiket tukar hak milik kenderaan: SPRM sambung reman lima 'orang tengah'
The Step · 14 September 2026 pada 09:10 PTG
Berita berkaitan

Kapal bawa 243 penumpang hilang di Laut Jawa, 103 diselamatkan
The Step · 13 September 2026 pada 02:54 PTG

Harga Minyak Dunia Melonjak Hampir USD96 Setong Berikutan Ketegangan AS-Iran
Danial Adam · 5 September 2026 pada 07:00 PTG

Sampel DNA 52 keluarga mangsa hilang di Nepal dihantar untuk pemadanan
Danial Adam · 5 September 2026 pada 08:00 PG

Anwar Akan Hadiri Sumit BRICS Di India Bulan Ini, Bertemu PM Modi
Danial Adam · 2 September 2026 pada 05:00 PTG

