EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Dunia

Kapal bawa 243 penumpang hilang di Laut Jawa, 103 diselamatkan

Pada peringkat awal ini, kementerian belum menerima sebarang maklumat yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tersebut.

The Step13 September 2026 pada 02:54 PTGDikemas kini 13 September 2026 pada 04:00 PTG
Kapal Virgo Transport 8.

KEMENTERIAN Luar Negeri (Wisma Putra) sedang memantau laporan berhubung kapal penumpang Virgo Transport 8 yang dilaporkan hilang di Laut Jawa, Indonesia.

Menurutnya, pihak kementerian sedang berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia yang berkaitan bagi mendapatkan senarai rasmi penumpang serta maklumat lanjut yang telah disahkan mengenai insiden tersebut.

"Pada peringkat awal ini, kementerian belum menerima sebarang maklumat yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tersebut.

"Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesahkan maklumat penumpang serta mendapatkan perkembangan lanjut," jelasnya dalam kenyataan.

Wisma Putra memberitahu, rakyat Malaysia yang menetap atau berada di Indonesia dinasihatkan supaya mematuhi sebarang arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia juga katanya, digalakkan untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat hubungan melalui portal e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my bagi memudahkan komunikasi dan bantuan konsular sekiranya diperlukan.

Terdahulu Ketua Pejabat Agensi Mencari dan Menyelamat (Basarnas) Banjarmasin, Putu Sudayana berkata, seramai 103 orang berjaya diselamatkan namun seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia.

Jelas beliau, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, usaha pencarian mangsa dilaksanakan secara maksimum.

"Penumpang yang diselamatkan telah dipindahkan ke beberapa kapal penyelamat," jelasnya seperti dipetik Detik.com.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, kapal berkenaan membawa 243 penumpang dan dilaporkan terputus hubungan akibat cuaca buruk, awal pagi tadi.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Dari Penulis

Berita berkaitan