Imej hina Institusi Diraja Malaysia: Kesultanan Langkat mahu pihak berkuasa Indonesia bertindak
Perbuatan biadab sedemikian merupakan satu bentuk sabotaj berniat jahat yang secara terang-terangan cuba merosakkan keharmonian dan hubungan persaudaraan serumpun yang sekian lama terjalin erat antara rakyat serta kerajaan Malaysia dan Indonesia.

KESULTANAN Langkat menggesa pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan undang-undang Indonesia untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan imej manipulasi kecerdasan buatan (AI) dengan menghina Institusi Diraja Malaysia.
Menurut Pejabat Penasihat Diraja Kesultanan Langkat, ini termasuk mereka yang memuat naik kenyataan provokasi melampau di laman media sosial mengenai imej berkenaan.
Jelasnya, perbuatan biadab sedemikian merupakan satu bentuk sabotaj berniat jahat yang secara terang-terangan cuba merosakkan keharmonian dan hubungan persaudaraan serumpun yang sekian lama terjalin erat antara rakyat serta kerajaan Malaysia dan Indonesia.
"Kita menggesa pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan undang-undang Indonesia untuk mengambil tindakan tegas, segera dan tuntas di bawah perundangan jenayah siber terhadap pemilik akaun terbabit demi menegakkan keadilan serta memelihara keutuhan hubungan diplomatik kedua-dua negara," jelasnya.
Pejabat Penasihat Diraja Kesultanan Langkat turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar menghentikan serta-merta sebarang cubaan menyemai bibit kebencian, perpecahan dan ketegangan rentas sempadan menggunakan sentimen chauvinisme sempit yang mencemari nama baik bangsa serumpun.
Baru-baru ini tular di media sosial segelintir pihak memperlekeh Malaysia sehingga sanggup menghina Institusi Diraja negara ini.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


