Hujan lebat berterusan: Semua 50 daerah di Bangkok diisytihar kawasan bencana
Dalam pada itu, Chadchart berkata, banjir dijangka mengambil masa antara dua ke tiga hari untuk surut.

Banjir yang berlaku di Pattanakan 65 Road. — BMA
KESEMUA 50 daerah di Bangkok diisytiharkan sebagai kawasan bencana susulan hujan lebat berterusan hampir 48 jam yang menyebabkan banjir selain gangguan lalu lintas serta kehidupan harian.
Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt menandatangani arahan itu dengan memperluas pengisytiharan kawasan bencana ke semua daerah, berbanding hanya tiga daerah sebelum ini iaitu Nong Chok, Suan Luang dan Khan Na Yao.
Bangkok Post melaporkan, menerusi pengumuman itu, langkah berkenaan membolehkan Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA), agensi kerajaan lain serta pentadbiran tempatan bertindak dengan lebih cepat dan sistematik di kawasan yang terjejas.
Ia berlaku ketika hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan masalah lalu lintas di beberapa kawasan ibu negara, dengan Bangkok Timur antara kawasan yang paling teruk terjejas.
Menurut Jabatan Meteorologi, hujan lebat dijangka berterusan sehingga esok.
Dalam pada itu, Chadchart berkata, banjir dijangka mengambil masa antara dua ke tiga hari untuk surut.
Sungguhpun begitu pihaknya memberi jaminan ia tidak akan seteruk banjir yang berlaku pada 2011.
Pihaknya juga mengingatkan orang ramai supaya tidak panik ketika sebahagian penduduk berpusu-pusu mendapatkan bekalan keperluan sebagai langkah berjaga-jaga jika banjir bertambah buruk.
Tentang Penulis
Dari Penulis

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Empat maut dalam kemalangan libatkan lima kenderaan
The Step · 27 September 2026 pada 10:09 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG
Berita berkaitan

Kapal bawa 243 penumpang hilang di Laut Jawa, 103 diselamatkan
The Step · 13 September 2026 pada 02:54 PTG

Harga Minyak Dunia Melonjak Hampir USD96 Setong Berikutan Ketegangan AS-Iran
Danial Adam · 5 September 2026 pada 07:00 PTG

Sampel DNA 52 keluarga mangsa hilang di Nepal dihantar untuk pemadanan
Danial Adam · 5 September 2026 pada 08:00 PG



