The Step - Every Story Moves You

California iktiraf Aidilfitri, Aidiladha sebagai cuti umum rasmi

Rang Undang-Undang Perhimpunan 2017 (Assembly Bill 2017) yang diluluskan menjadi undang-undang pada Ahad lalu, menambah kedua-dua perayaan tersebut ke dalam kalendar cuti rasmi negeri.

TS
Oleh The StepPengarang Berita30 September 2026 pada 09:45 PG1 min bacaanDikemas kini 30 September 2026 pada 09:47 PG
Pusat Islam California menjadi nadi penggerak utama umat Islam di negeri itu.

Pusat Islam California menjadi nadi penggerak utama umat Islam di negeri itu.

CALIFORNIA secara rasmi mengiktiraf Aidilfitri dan Aidiladha, dua perayaan utama bagi umat Islam, menerusi undang-undang yang ditandatangani Gabenor Gavin Newsom.

Ia sekali gus menandakan langkah penting ke arah pengiktirafan lebih besar buta komuniti Islam di negeri itu.

Menurut laporan Daily Sabah, Rang Undang-Undang Perhimpunan 2017 (Assembly Bill 2017) yang diluluskan menjadi undang-undang pada Ahad lalu, menambah kedua-dua perayaan tersebut ke dalam kalendar cuti rasmi negeri.

Untuk itu, sekolah awam dan kolej komuniti diberikan kebenaran bercuti sempena kedua-dua perayaan itu melalui prosedur sedia ada di peringkat tempatan.

Kakitangan kerajaan negeri juga boleh layak untuk menerima kemudahan cuti.

"Penetapan sambutan Aidilfitri dan Aidiladha sebagai cuti umum negeri adalah penetapan kalendar awam yang memperakui kepentingan kebudayaan perayaan berkenaan kepada komuniti di California," menurut undang-undang itu.

Undang-undang itu diperkenalkan pada Mac oleh Ahli Dewan Undangan Negeri California, Matt Haney, dengan kerjasama kumpulan dan organisasi komuniti Islam.

Ia bertujuan memudahkan umat Islam menyambut kedua-dua perayaan itu tanpa berdepan pertindihan dengan jadual persekolahan atau pekerjaan.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com