The Step - Every Story Moves You

Suspek kes bunuh 17 tahun lalu berjaya ditahan

Tangkapan dibuat bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki yang berlaku pada 11 April 2009 di Beverly Hills, Penampang

TS
Oleh The StepPengarang Berita24 Oktober 2026 pada 03:25 PTG1 min bacaanDikemas kini 24 Oktober 2026 pada 03:27 PTG
Suspek ditahan di sebuah kediaman dekat Kolombong.

Suspek ditahan di sebuah kediaman dekat Kolombong.

BAHAGIAN Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menahan seeorang lelaki berusia 42 tahun yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan yang berlaku 17 tahun lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Asisten Superintenden Arisanti Aziz berkata, suspek ditahan kelmarin di sebuah kediaman sekitar Kolombong, Inanam, Kota Kinabalu hasil usaha pengesanan dan siasatan berterusan pihak polis.

"Tangkapan dibuat bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki yang berlaku pada 11 April 2009 di Beverly Hills, Penampang," jelasnya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, kejayaan tangkapan ini membuktikan komitmen dan kesungguhan polis dalam membanteras jenayah serta memastikan individu yang disyaki dalam jenayah serius terus dikesan dan dibawa ke muka pengadilan.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com