The Step - Every Story Moves You

Murid Darjah Lima parah dilanggar kereta depan sekolah

Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Likas untuk rawatan.

TS
Oleh The StepPengarang Berita26 Oktober 2026 pada 06:35 PTG1 min bacaanDikemas kini 27 Oktober 2026 pada 08:08 PG
Kemalangan melibatkan murid Darjah Lima di depan SK Darau.

Kemalangan melibatkan murid Darjah Lima di depan SK Darau.

SEORANG murid sekolah berusia 11 tahun cedera parah selepas dilanggar sebuah kereta Proton Waja ketika melintas jalan di depan Sekolah Kebangsaan (SK) Darau, Manggatal, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 8.03 pagi.

Siasatan awal katanya, mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 69 tahun itu sedang bergerak dari arah Pekan Manggatal menuju ke CKS Manggatal.

"Apabila tiba di depan SK Darau, kereta tersebut melanggar mangsa yang dipercayai berlari melintas jalan dari arah kanan ke kiri.

"Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Likas untuk rawatan," jelasnya.

Shahrudin berkata, mangsa dikatakan masih berada di zon merah Wad Kecemasan.

Katanya, kenderaan terbabit ditahan untuk menjalani pemeriksaan oleh Puspakom.

Kes jelasnya, disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis turut menjalankan siasatan lanjut termasuk merakam percakapan semua pihak terlibat, mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com