EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Dari Kota Kinabalu

Empat maut dalam kemalangan libatkan lima kenderaan

Keempat-empat mangsa, termasuk pemandu berusia 23 tahun dan tiga penumpang lain yang berusia lingkungan 20-an, tersepit di dalam Perodua Viva dan dikeluarkan oleh pihak bomba

The Step27 September 2026 pada 10:09 PGDikemas kini 27 September 2026 pada 10:11 PG
Kemalangan maut di Sepanggar, Sabah.

Kemalangan maut di Sepanggar, Sabah. — Media sosial.

EMPAT lelaki maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan lima kenderaan di Jalan Sepanggar berhampiran Taman Jaya Diri, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun bersama tiga penumpang lelaki dari arah Sepanggar menuju ke Indah Permai dipercayai hilang kawalan.

Kenderaan itu jelasnya, terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebuah lori Isuzu NPR serta sebuah Perodua Aruz.

"Akibat pelanggaran itu, lori berkenaan terdorong ke depan lalu menghimpit sebuah van Nissan Urvan sebelum van tersebut melanggar sebuah Proton X50.

"Keempat-empat mangsa, termasuk pemandu berusia 23 tahun dan tiga penumpang lain yang berusia lingkungan 20-an, tersepit di dalam Perodua Viva dan dikeluarkan oleh pihak bomba," jelasnya.

Beliau berkata, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Likas.

Mayat mangsa jelasnya, dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Berita berkaitan