WOODS’ terima Anugerah Emas bagi kategori Kesihatan di Putra Aria Brand Awards
Rakyat Malaysia telah melakukan perubahan positif apabila mahu memahami apa yang berlaku pada tubuh mereka

Pengurus Jenama Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Christopher dan Pengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus (kanan) bersama pengiktirafan bagi kategori Anugerah Produk Kelegaan Batuk Semula Jadi Terbaik.
WOODS’, jenama penjagaan batuk terkemuka terus melakar sejarah apabila menerima Anugerah Emas bagi kategori Kesihatan di Putra Aria Brand Awards 2025 anjuran Persatuan Agensi Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), baru-baru ini.
Pengurus Negara, Kalbe Malaysia Sdn. Bhd., Oktavianus yang merangkap syarikat pengedar produk itu di negara ini berkata, sebagai jenama warisan antarabangsa, pengiktirafan tersebut amat bermakna kerana pengiktiran ke atas jenama itu berdasarkan pertumbuhan pilihan pengguna.


Menurut beliau, kepercayaan yang dibina sejak berdekad lamanya ini diakui kerelevanan serta maklumat yang jelas dan jujur oleh masyarakat di mana WOODS' telah menjadi sebahagian daripada perjalanan pilihan sesi keluarga sejak turun-temurun.
“Ramai rakyat Malaysia masih ingat rasa pudina yang biasa sejak zaman kanak-kanak, dan hari ini generasi baharu ibu bapa pula mula mengenali jenama ini untuk keluarga mereka sendiri.
“Justeru, anugerah ini menunjukkan bahawa kepercayaan yang dibina oleh generasi terdahulu terus dibawa ke hadapan.
“Ia juga mendorong kami untuk terus melabur dalam cara kami mendekati rakyat Malaysia, sama ada melalui pendidikan, platform baharu atau sekadar hadir dalam detik-detik yang penting bagi keluarga” katanya dalam satu kenyataan.
Oktavianus menambah, rakyat Malaysia telah melakukan perubahan positif apabila mahu memahami apa yang berlaku pada tubuh mereka dan bukan sekadar mencapai botol terdekat di rak sahaja.
Ujarnya, perubahan ini sedang membentuk semula cara rakyat Malaysia menjaga kesihatan harian dan pengguna kini membaca label dengan lebih teliti sambil membandingkan produk dalam talian.
“Mereka semakin kerap bertanya kepada pembantu kecerdasan buatan (AI) tentang soalan seperti adakah jerebu boleh menyebabkan batuk, atau apakah perbezaan antara batuk berkahak dengan batuk kering.
“Bagi jenama yang sudah lama bertapak, ini bermakna kepercayaan yang dibina sejak berdekad lamanya perlu diiringi dengan kerelevanan serta maklumat yang jelas dan jujur,” katanya.
Octavianus berkata, musim jerebu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia di mana orang ramai semakin belajar untuk menyesuaikan diri.
Namun menurut beliau masalah mula timbul apabila apabila batuk mula datang dan seseorang perlu mengambil langkah penjagaan dari awal.
Katanya, ramai memilih ubat berdasarkan kebiasaan atau cadangan rakan tanpa menyedari bahawa tidak semua batuk adalah sama.
“Batuk berkahak, atau batuk produktif, mengeluarkan kahak atau lendir, manakala batuk kering terasa gatal dan tidak mengeluarkan kahak.
“Oleh kerana setiap jenis batuk memerlukan cara legaan yang berbeza, mengenali jenis batuk anda ialah langkah pertama yang paling berguna.
“Bagi batuk berkahak, produk yang mengandungi ekspektoran seperti guaifenesin membantu melonggarkan kahak supaya lebih mudah dikeluarkan.
“Sebagai contoh, Sirap Batuk Pudina WOODS' menggabungkan guaifenesin, yang berkesan untuk batuk berkahak, dengan pudina yang memberikan sensasi melegakan pada tekak,” katanya.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


