Rezeki menang RM1 juta, Arbaai tumpu keluarga dan persediaan akhirat
BSN SSP kekal sebagai produk simpanan utama yang direka untuk menggalakkan rakyat Malaysia membina tabiat menabung secara konsisten melalui gabungan manfaat simpanan dan cabutan hadiah yang menarik.
%2520(1).webp&w=3840&q=75)
Jutawan BSN SSP ke-127, Arbaai Mat Ali (tengah) bersama barisan pemenang Cabutan BSN SSP bulan Ogos 2026 dari Kedah, dalam satu majlis yang diadakan di Alor Setar, Kedah. BSN
'REZEKI ini akan saya manfaatkan untuk keluarga, tambah baik kediaman sedia ada dan selebihnya saya tumpukan persediaan untuk kehidupan akhirat'.
Demikian jelas pesara Pembantu Rawatan Kesihatan dari Kedah, Arbaai Mat Ali, 66, yang dinobatkan sebagai Jutawan BSN SSP ke-127 menerusi Cabutan Jutawan BSN SSP bagi Ogos 2026, sekali gu membawa pulang wang RM1 juta.
Menurut Arbaai, dia tidak pernah menyangka simpanannya itu akan membawa pulangan yang besar sehingga RM1 juta.
"Alhamdulillah, saya amat bersyukur kepada Allah SWT. Saya tidak pernah menyangka simpanan saya akan membawa pulangan sebanyak RM1 juta.
"Dengan kemenangan ini, saya harap dapat mendorong orang ramai untuk mula menyimpan, walaupun dengan jumlah yang kecil," jelasnya.
Arbaai merupakan antara enam pemenang BSN SSP dari Kedah, bagi cabutan BSN SSP bulan Ogos 2026.
%2520(2).webp&w=3840&q=75)
Lima lagi pemenang yang lain turut menerima hadiah menerusi pelbagai kategori, dengan hadiah terdiri daripada wang tunai RM10,000, baucar percutian serta kenderaan Perodua Myvi 1.5X.
Sementara itu Pemangku Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rashid berkata, kisah para pemenang membuktikan bahawa amalan menabung mampu menjadi pemangkin ke arah masa hadapan yang lebih terjamin.
"Kisah Puan (Arbaai) dan para pemenang yang lain merupakan contoh terbaik bagaimana menabung secara konsisten, walaupun dengan jumlah yang kecil, sedikit sebanyak mampu menyuntik sinar pada masa hadapan.
"Bak kata pepatah, sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.
"Kisah para pemenang daripada pelbagai latar belakang, termasuk seorang pemandu e-hailing, turut menunjukkan bahawa amalan menabung boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan kewangan setiap individu," katanya.
Beliau memberitahu, di BSN, pihaknya komited untuk memastikan amalan menabung lebih mudah diakses dan bermakna buat rakyat Malaysia, di samping menyediakan peluang kepada pelanggan untuk memperoleh manfaat daripada simpanan mereka menerusi BSN SSP.
BSN SSP kekal sebagai produk simpanan utama yang direka untuk menggalakkan rakyat Malaysia membina tabiat menabung secara konsisten melalui gabungan manfaat simpanan dan cabutan hadiah yang menarik.
Ini termasuk hadiah Jutawan BSN SSP bernilai RM1 juta yang dianugerahkan kepada seorang penyimpan yang layak setiap bulan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Menjelang penghujung tahun, pelanggan juga boleh menantikan Hadiah Utama BSN SSP, yang menawarkan RM1 juta dan sebuah Porsche Macan kepada seorang pemenang bertuah.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


