Rayani Air kembali? 'Kami tidak lari dari sejarah'
"Isu penerbangan dibatalkan dan bayaran balik yang masih tertunggak adalah satu amanah yang berat untuk kami".

Rayani Air pernah mewarnai ruang udara tanah air pada 2016 melayani laluan domestik. — Rayani Air.
SYARIKAT penerbangan Rayani Air, yang pernah mewarnai ruang udara tanah air pada 2016 namun ditutup selepas lima bulan beroperasi, mengumumkan kembali dengan pengurusan baharu sepenuhnya.
Menurut kenyataan rasmi syarikat itu di Facebook, model baharu yang 100 peratus bumiputera itu berkonsepkan Rayani 2.0 Halal dan memfokus hanya kepada penerbangan sewa khas haji serta umrah.
Mengekalkan motto patuh syariah, jelasnya, ia bukan lagi penerbangan domestik berjadual seperti dulu.
"Kami di Rayani Air 2.0 maklum dan amat memahami kekecewaan yang pernah dialami ramai penumpang pada 2015-2016 di bawah pengurusan lama.
"Isu penerbangan dibatalkan dan bayaran balik yang masih tertunggak adalah satu amanah yang berat untuk kami.
"Untuk makluman, operasi pada waktu itu dikendalikan oleh pengurusan lama. Sejak penamatan operasi pada 2016, syarikat telah melalui proses penstrukturan semula yang panjang," jelasnya.
Pengurusan baharu itu memberitahu, bagi isu refund lama yang masih belum selesai di bawah pengurusan terdahulu, pihaknya sedang meneliti rekod-rekod lama bersama penasihat undang-undang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik mengikut saluran yang betul.
"Mohon sedikit masa dan doa dari semua. Yang lama kita jadikan pengajaran. Yang baru kita bangunkan dengan amanah.
"Terima kasih kerana masih memberi peluang kedua untuk Rayani Air,": katanya.
Rayani Air diasaskan oleh seorang ahli perniagaan tempatan dan isterinya yang memulakan operasi pada Disember 2015.
Bermula 9 April 2016, syarikat itu menghentikan semua operasinya sehinggalah Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menarik lesen perkhidmatan penerbangan kerana melanggar syarat-syarat lesen, selain tidak mempunyai kemampuan kewangan dan pengurusan untuk terus beroperasi sebagai penerbangan komersial.
Tentang Penulis
Dari Penulis

Status tahanan di rumah terhadap Najib: Jabatan Penjara tunggu arahan rasmi
The Step · 20 September 2026 pada 01:41 PTG

“Antara pementasan terbaik” – Perdana Menteri puji karya M. Nasir
The Step · 20 September 2026 pada 07:56 PG

SPRM, media gerak seiring kukuh usaha banteras rasuah
The Step · 19 September 2026 pada 07:56 PTG

Pengampunan bersyarat, Najib jalani tahanan rumah jika bayar denda RM50 juta
The Step · 18 September 2026 pada 01:06 PTG
Berita berkaitan

Kakitangan Malaysia Airlines terbaik di Asia, 'top 3' kru kabin terbaik dunia
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 08:57 PTG

AirAsia perkukuh Kuala Lumpur hab mega tambang rendah nombor satu dunia
Metra Syahril Mohamed · 18 September 2026 pada 03:07 PTG

BSN perluas akses perbankan perniagaan usahawan mikro, penjaja
Metra Syahril Mohamed · 17 September 2026 pada 10:57 PG

Semua kru operasi aktif AirAsia Malaysia, AirAsia X bebas dadah
Metra Syahril Mohamed · 14 September 2026 pada 02:37 PTG

