MOMOYO buka kedai flagship pertama berkonsep bakeri di Malaysia
MOMOYO yang membawa maksud More and More Young telah berkembang pesat dengan lebih daripada 1,500 kedai di seluruh Asia

MOMOYO membuka kedai utama pertamanya dengan berkonsepkan bakeri di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor yang menawarkan suasana menikmati hidangan lebih selesa.
MOMOYO, jenama minuman teh berinovatif membuka kedai utama (flagship) pertama yang berkonsepkan bakeri selain minuman dan pencuci mulut dalam satu lokasi sebagai sebahagian daripada pengembangan pasarannya di Malaysia.
Pengurus Produk dan Latihan MOMOYO MALAYSIA, Sheikh Nik Azim Sheikh Amizal berkata, pembukaan cawangan di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor itu merupakan satu langkah penting dalam usaha memperkenalkan bakeri sebagai sebahagian daripada pilihan produk terbarunya.

Menurut beliau, pihaknya mahu memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dan menyediakan tempat untuk mereka menikmati minuman dan produk bakeri dalam suasana yang lebih selesa.
“Dengan ruang yang lebih besar dan pilihan produk yang lebih pelbagai, cawangan Rawang bukan sahaja menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan malah diharap dapat menjadi tempat pertemuan baharu bagi komuniti setempat.
“Pelanggan kini bukan sahaja oleh menikmati rangkaian sedia ada MOMOYO seperti Fruit Tea, Milk Tea, Ice Cream serta minuman lain sebaliknya pilihan produk bakeri yang baru dimasak dan dibakar.
“Pengenalan bakeri ini merupakan sebahagian daripada usaha MOMOYO untuk menambah pilihan produk selain minuman dan pencuci mulut serta memperkenalkan konsep kedai yang lebih besar di Malaysia,” katanya pada majlis perasmian pembukaan kedai utama tersebut di Bandar Tasik Puteri di Rawang, hari ini.

MOMOYO yang membawa maksud More and More Young telah berkembang pesat dengan lebih daripada 1,500 kedai di seluruh Asia dengan produk utama bercirikan Real Food, Real Taste bagi mencerminkan dedikasi dalam mencipta fruit tea segar yang autentik manakala produk terlaris ialah Fresh Fruit Tea dan Ice Cream Series.
Mengulas lanjut, Sheikh Nik Azim berkata, MOMOYO telah memperoleh pensijilan halal dan kini sedang dalam proses memohon pensijilan halal bagi MOMOYO Bakehouse di mana syarikat komited untuk memenuhi semua piawaian halal yang ditetapkan dan akan berkongsi perkembangan lanjut mengenai permohonan tersebut dari semasa ke semasa.
Katanya, MOMOYO kini membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar jenama terkenal dari Indonesia itu dengan menawarkan peluang francais di seluruh Malaysia.
Menurut beliau, pihaknya menyediakan sokongan dan latihan menyeluruh untuk memastikan kejayaan selain latihan profesional operasi yang memenuhi standard.
“Konsep perniagaan MOMOYO mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kami berusaha keras untuk mencipta teh buah segar, sambil memastikan kepelbagaian dan standard tinggi melalui penyelidikan dan inovasi berterusan, serta menjamin kualiti yang unggul dan nilai yang tinggi.
“Justeru, latihan profesional yang diberikan adalah mengenai pengetahuan produk, penyediaan produk, meningkatkan operasi kedai dan sebagainya selain membantu pemasaran setempat dengan penyediaan perancangan pemasaran bahagian depan kedai serta pelaksanaan promosi.
“Dengan kos permulaan yang mampu milik dan sokongan menyeluruh daripada MOMOYO, peluang ini membolehkan anda menikmati pulangan yang tinggi dalam industri makanan dan minuman yang berkembang pesat,” katanya sambil memberi MOMOYO menyasarkan pengembangan agresif 600 cawangan di seluruh negara pada masa akan datang.
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

Siti Nurhaliza cari Habsah Hassan sebelum naik pentas, budi bahasa dipuji netizen
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 10:21 PG

‘Terima kasih abang KTM, serikan anak-anak dan isteri saya dengan hon’
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 09:01 PTG

Pelajar SMK Za’ba meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 09:02 PG

Pelajar SMK Za’ba meninggal dunia didakwa mangsa buli, Asyraf Wajdi gesa siasatan segera
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 08:07 PG
Berita berkaitan

Ajinomoto Malaysia terima pengiktirafan Malaysia Book of Record
The Step · 21 September 2026 pada 03:17 PTG

Kakitangan Malaysia Airlines terbaik di Asia, 'top 3' kru kabin terbaik dunia
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 08:57 PTG

AirAsia perkukuh Kuala Lumpur hab mega tambang rendah nombor satu dunia
Metra Syahril Mohamed · 18 September 2026 pada 03:07 PTG


