Aktiviti siber mencurigakan: TH gantung sementara sistem
TH kini sedang melaksanakan pemantauan menyeluruh terhadap semua sistem TH yang melibatkan penggantungan sementara ke atas perkhidmatan kepada pendeposit.

LEMBAGA Tabung Haji (TH) telah mengesan aktiviti siber yang mencurigakan, semalam, dan mengambil tindakan bagi menangani keadaan tersebut.
Sebagai langkah pencegahan dan pengukuhan keselamatan berterusan jelasnya, TH kini sedang melaksanakan pemantauan menyeluruh terhadap semua sistem TH yang melibatkan penggantungan sementara ke atas perkhidmatan kepada pendeposit.
"Langkah ini perlu bagi melindungi kepentingan pendeposit dan memastikan keselamatan sistem TH terus terpelihara.
"TH juga sedang bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan, termasuk Agensi Keselamatan Siber Negara dan CyberSecurity Malaysia bagi menangani perkara ini," jelasnya dalam kenyataan.
Pihaknya memahami kesulitan yang mungkin dihadapi oleh pendeposit dan memohon maaf atas gangguan tersebut.
TH katanya, menegaskan simpanan dan data peribadi pendeposit kekal selamat dan terpelihara.
"Keselamatan simpanan dan maklumat pendeposit sentiasa menjadi keutamaan TH. TH akan memaklumkan perkembangan terkini, termasuk status pemulihan perkhidmatan, melalui saluran rasmi dari semasa semasa.
"Bagi sebarang pertanyaan, pendeposit boleh menghubungi Pusat Perhubungan TH (THCC) di talian 03-62071919," katanya.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


