The Step - Every Story Moves You

Siasatan kes baja: SPRM reman Pengarah Urusan syarikat

Perintah reman selama empat hari sehingga 16 September terhadap suspek dikeluarkan Majistret Eliana Ismail.

TS
Oleh The StepPengarang Berita13 September 2026 pada 03:40 PTG1 min bacaanDikemas kini 14 September 2026 pada 12:35 PTG
Suspek direman berhubung kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah. - Gambar SPRM

Suspek direman berhubung kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah. - Gambar SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah urusan syarikat pembekal baja berkaitan isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah.

Perintah reman selama empat hari sehingga 16 September terhadap suspek dikeluarkan Majistret Eliana Ismail.

Ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi tadi.

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

Tangkap layar daripada video yang tular mengenai sebuah kenderaan yang menggunakan tulisan 'Bomba' dan dilengkapi lampu amaran khas (beacon light).
Tular

Kenderaan guna tulisan 'Bomba' bukan milik JBPM Kedah

Oleh The Step28 Oktober 2026 pada 10:20 PG
Keadaan motosikal mangsa selepas merempuh seekor lembu dalam kejadian di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, malam tadi.
Nasional

Remaja maut, motosikal rempuh lembu

Oleh The Step28 Oktober 2026 pada 09:42 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com