Polis kesan lelaki sepak kanak-kanak perempuan di kedai makan
Berdasarkan rakaman berkenaan, seorang lelaki dilihat bertindak kasar dengan menyepak seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya.

POLIS sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu rakaman video tular memaparkan lelaki itu bertindak menendang kanak-kanak perempuan, dipercayai anaknya, di sebuah kedai makan di Telipot, Kelantan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai video tular itu di media sosial kira-kira pukul 10.24 malam tadi.
"Berdasarkan rakaman berkenaan, seorang lelaki dilihat bertindak kasar dengan menyepak seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya.
"Rakaman itu dipercayai berlaku di sebuah kedai makan masakan Thai di Telipot dan video berkenaan dimuat naik oleh pemilik premis menerusi akaun Facebook miliknya," jelasnya dalam kenyataan.
Sehubungan itu jelasnya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mohd Azmir berkata, pihak polis kini masih menjalankan usaha untuk mengesan lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam rakaman video tular berkenaan.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Faraheen Azman Lim di talian 011-11136722 bagi membantu siasatan.
Tentang Penulis
Dari Penulis

Siasatan kes baja: SPRM reman Pengarah Urusan syarikat
The Step · 13 September 2026 pada 03:40 PTG

Kapal bawa 243 penumpang hilang di Laut Jawa, 103 diselamatkan
The Step · 13 September 2026 pada 02:54 PTG
Berita berkaitan

Siasatan kes baja: SPRM reman Pengarah Urusan syarikat
The Step · 13 September 2026 pada 03:40 PTG

Operasi tutup samseng jalanan: 116 saman dikeluarkan, 50 motosikal disita
Metra Syahril Mohamed · 13 September 2026 pada 09:24 PG

Tragedi helikopter di Long Lellang: Penyerahan jenazah dilaksanakan hari ini
Metra Syahril Mohamed · 13 September 2026 pada 08:42 PG

Pengiktirafan MICPA perkukuh nilai graduan Diploma Perakaunan KPTM
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 07:58 PG

