Perbadanan Putrajaya raih tempat ketiga Anugerah Penarafan Bintang PBT
Anugerah ini dinilai berdasarkan 95 indikator

Facebook: Perbadanan Putrajaya
Perbadanan Putrajaya (PPj) melakar kejayaan membanggakan apabila merangkul tempat ketiga dalam Anugerah Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Pencapaian yang dikongsi menerusi Facebook rasmi ini mencerminkan prestasi serta komitmen PPj dalam memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya terus berada pada tahap yang baik.
Anugerah berkenaan dinilai berdasarkan 95 indikator yang menjadi pengukur kepada setiap aspek perkhidmatan di bawah pihak berkuasa tempatan.Penilaian melalui indikator berkenaan memberi gambaran terhadap prestasi keseluruhan PBT dalam pelbagai aspek perkhidmatan yang dilaksanakan.
Ini sekali gus menjadi antara ukuran penting terhadap tahap kecekapan dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Bagi menerima anugerah tersebut, Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir, hadir dalam majlis berkenaan dengan diiringi Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar, Nik Shukri bin Nik Soh.
Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, dalam satu majlis yang berlangsung di Bertam Resort, Pulau Pinang.
Kejayaan meraih tempat ketiga itu sekali gus menjadi pengiktirafan terhadap usaha dan prestasi Perbadanan Putrajaya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pihak berkuasa tempatan, selain menjadi pemangkin untuk terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada masa akan datang.
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

Faraj longgar sebab kerap seks? Dr Afif bongkar mitos sebenar
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 09:02 PG

“Jangan beri ruang kepada suara negatif”... Healing Centre Dr Hisham bantu selebriti pulih emosi
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 08:39 PG

Pengiktirafan MICPA perkukuh nilai graduan Diploma Perakaunan KPTM
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 07:58 PG

Peminat Siti Nurhaliza diingatkan waspada penipuan tiket, t-shirt Gema Bumantara
Deel Anjer · 12 September 2026 pada 04:51 PTG
Berita berkaitan

Operasi tutup samseng jalanan: 116 saman dikeluarkan, 50 motosikal disita
Metra Syahril Mohamed · 13 September 2026 pada 09:24 PG

Tragedi helikopter di Long Lellang: Penyerahan jenazah dilaksanakan hari ini
Metra Syahril Mohamed · 13 September 2026 pada 08:42 PG

Pengiktirafan MICPA perkukuh nilai graduan Diploma Perakaunan KPTM
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 07:58 PG

Penahanan seorang lagi juruterbang di Jakarta: Polis beku tujuh akaun bank
Metra Syahril Mohamed · 12 September 2026 pada 10:09 PTG

