The Step - Every Story Moves You

Faraj longgar sebab kerap seks? Dr Afif bongkar mitos sebenar

Senaman boleh mengekalkan kekuatan serta ketatnya faraj

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan13 September 2026 pada 09:02 PG1 min bacaanDikemas kini 15 September 2026 pada 11:01 PTG
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain Medical Centre Sdn Bhd, Dr Afif Mohd Ridzwan

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain Medical Centre Sdn Bhd, Dr Afif Mohd Ridzwan

TERDAPAT sesetengah wanita meluahkan rasa bimbang faraj mereka boleh menjadi longgar jika kerap melakukan hubungan seks.

Namun sebenarnya ia hanyalah satu mitos yang menjadi kepercayaan ramai wanita.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain Medical Centre Sdn Bhd, Dr Afif Mohd Ridzwan, isu faraj longgar bukanlah berpunca daripada kekerapan hubungan intim atau aktiviti seksual seseorang wanita.

"Faraj atau vagina terdiri daripada otot serta tisu lembut di bahagian kemaluan. Otot ini boleh berkembang dan kembali normal tanpa memerlukan sebarang pembedahan. Ia sama seperti getah, boleh mengembang apabila diregangkan dan kembali ke asal selepas itu.

“Sebagai contoh, wanita yang melahirkan bayi seberat tiga hingga 3.5 kilogram masih mampu mendapatkan semula keadaan faraj seperti sebelum bersalin setelah selesai berpantang,” katanya menerusi akaun TikTok.

Namun, Dr Afif menambah bahawa terdapat keadaan tertentu yang boleh mengganggu proses pemulihan, contohnya apabila berlaku koyakan serius atau jahitan selepas bersalin tidak dilakukan dengan sempurna.

“Jika bahagian vagina dijahit dengan baik, ia tidak akan menimbulkan masalah kepada faraj atau fungsi organ tersebut,” ujarnya lagi.

Bagi wanita yang risau dengan masalah faraj longgar, Dr Afif menyarankan untuk mengamalkan senaman lantai pelvis atau senaman kegel.

Amalan senaman ini terbukti dapat membantu menguatkan otot-otot lantai pelvis dan sekaligus memberi kesan positif dalam mengekalkan kekuatan serta ketatnya faraj. - THE STEP

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 194 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com