“Jangan beri ruang kepada suara negatif”... Healing Centre Dr Hisham bantu selebriti pulih emosi
Pertemuan dengan Dr Hisham menjadi titik permulaan kepada proses pemulihan emosi Ayu Damit

Pengalaman dulu terutamanya di awal kemunculan sebagai penyanyi tidak mudah bagi Ayu Damit.
Ayu mengaku pernah berdepan tekanan emosi dan kemurungan akibat kecaman terhadap penampilan menjadi antara kisah yang mendorong beliau mendapatkan khidmat nasihat daripada Dr Hisham Dzakiria, atau lebih dikenali sebagai Dr Healing.
Pertemuan dengan Dr Hisham menjadi titik permulaan kepada proses pemulihan emosi Ayu selepas hampir dua dekad berada dalam industri seni dan berdepan tekanan berpanjangan akibat komen negatif terhadap rupa paras serta penampilannya.
Dr Hisham membantu Ayu menenangkan diri, menyusun semula emosi serta melihat perjalanan hidupnya dengan lebih jernih ketika penyanyi itu berdepan fasa sukar dalam kehidupannya.
Menurut Ayu, sepanjang 18 tahun bergelar anak seni, dia sering menerima kecaman termasuk dilabel berimej kampung, tidak cantik dan dianggap tidak layak menjadi penyanyi hanya kerana wajahnya disifatkan ‘desa’.
“Saya pernah sangat kecewa, terasa hati dan tersinggung. Bila orang kata wajah saya kampung, tak cantik, tak sesuai jadi penyanyi.
“Lama-kelamaan kata-kata itu masuk ke dalam kepala. Dari situlah saya mula mengalami kemurungan,” katanya.
Tekanan berkenaan turut menyebabkan Ayu mempersoalkan nilai dirinya, termasuk apabila usaha memperbaiki penampilan ketika membuat persembahan turut menerima kritikan.
“Bila saya cuba tampil lebih cantik, orang kata saya berlebihan. Bila saya jaga penampilan, masih ada yang tak puas hati. Apa sahaja yang saya buat, tetap salah,” luahnya.
Hina cara bertudung
Situasi menjadi lebih berat apabila penampilannya di pentas turut dikaitkan dengan suami dan keluarga.
“Ada yang sanggup cakap suami saya tak pandai didik isteri. Ada yang hina cara saya bertudung, kata ketat macam pakai pembalut nangka.
“Kata-kata itu bukan saja menghina saya, tapi seolah-olah menghina keluarga saya. Saya sangat sensitif bila keluarga disentuh,” katanya.
Ayu mengakui dirinya mungkin kelihatan kuat di luar, namun hanya Allah yang mengetahui perasaan yang dipendam selama ini.
“Saya manusia biasa. Saya ada perasaan. Saya boleh nampak kuat, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu apa yang saya simpan.
“Saya belajar untuk berdamai dengan diri sendiri. Nilai seorang wanita bukan terletak pada cantik di mata manusia, tetapi pada kekuatan hati dan keikhlasan,” ujarnya.
Ujian tidak mengenal status - Dr Hisham Dzakiria
Bagi Dr Hisham, ujian kehidupan tidak memilih nama, status atau kedudukan seseorang dan setiap manusia akan melalui fasa jatuh serta bangkit dalam kehidupan.
“Nama, status atau gelaran bukan sebab ujian datang. Setiap manusia akan melalui fasa jatuh dan bangkit.
“Apa yang penting adalah bagaimana kita mengawal reaksi dan emosi.
“Jangan beri ruang kepada suara negatif kerana ia boleh membuatkan kita hilang fokus dan hilang diri sendiri,” katanya.
Menurutnya, perkara yang berlaku dalam kehidupan bukan kebetulan, sebaliknya merupakan takdir Allah yang mempunyai hikmah tersendiri.
Dalam dunia yang serba pantas hari ini, Dr Hisham melihat tekanan emosi bukan lagi isu terpencil, sebaliknya menjadi realiti yang boleh melibatkan kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa.
Peningkatan kes kemurungan, kebimbangan melampau, konflik hubungan serta keletihan emosi antara isu yang mendorong penubuhan Healing Centre Dr Hisham Dzakiria, sebuah pusat terapi emosi yang menawarkan intervensi praktikal, berstruktur dan berorientasikan penyelesaian.
“Kami mahu khidmat kesihatan mental lebih mudah diakses. Ramai yang bergelut dalam diam dengan kemurungan, stres dan masalah hubungan.
“Mendapatkan bantuan bukan tanda kelemahan, sebaliknya satu langkah berani ke arah kehidupan yang lebih baik,” katanya.
Healing Centre Dr Hisham jadi ruang mendapatkan bantuan
Healing Centre Dr Hisham Dzakiria merupakan subsidiari di bawah Ecotwin Step Training & Consultancy Sdn Bhd (ETS) dan diwujudkan sebagai antara usaha menyediakan akses kepada khidmat berkaitan kesihatan mental serta intervensi emosi yang lebih mudah dicapai.
Pengalaman Ayu Damit mendapatkan bimbingan Dr Hisham pula menjadi antara gambaran bahawa tekanan emosi boleh dialami sesiapa sahaja, termasuk mereka yang kelihatan kuat dan berjaya di mata masyarakat.
Dalam kes Ayu, tekanan akibat kecaman yang berterusan akhirnya memberi kesan kepada keadaan emosinya sebelum beliau mengambil langkah mendapatkan bantuan dan belajar untuk berdamai dengan dirinya sendiri.
Healing Centre Dr Hisham Dzakiria boleh dihubungi di 010-3243243 atau dikunjungi di No.12, Jalan Setia Dagang AL U13/AL, Seksyen U13, Shah Alam, dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Pendekatan yang dibawa Dr Hisham menekankan bahawa mendapatkan bantuan ketika berdepan tekanan emosi bukanlah tanda kelemahan, sebaliknya satu langkah untuk memahami diri, mengurus emosi dan bergerak ke arah kehidupan yang lebih baik.
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

Faraj longgar sebab kerap seks? Dr Afif bongkar mitos sebenar
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 09:02 PG

Pengiktirafan MICPA perkukuh nilai graduan Diploma Perakaunan KPTM
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 07:58 PG

Perbadanan Putrajaya raih tempat ketiga Anugerah Penarafan Bintang PBT
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 07:42 PG

Peminat Siti Nurhaliza diingatkan waspada penipuan tiket, t-shirt Gema Bumantara
Deel Anjer · 12 September 2026 pada 04:51 PTG
Berita berkaitan

Peminat Siti Nurhaliza diingatkan waspada penipuan tiket, t-shirt Gema Bumantara
Deel Anjer · 12 September 2026 pada 04:51 PTG

Aaron Kwok Bawa 'ICONIC World Tour 2026' Ke Kuala Lumpur
Danial Adam · 6 September 2026 pada 11:00 PTG

Siti Nurhaliza Umum Konsert 'Gema Bumantara' Di Stadium Bukit Jalil Oktober Ini
Danial Adam · 4 September 2026 pada 08:00 PTG

Singer 2026 Malaysia perkenalkan enam penyanyi debut
Danial Adam · 20 Ogos 2026 pada 06:00 PTG

