EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Semasa

Anak ditahan, disyaki bunuh ibu

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Metra Syahril Mohamed12 September 2026 pada 07:54 PGDikemas kini 12 September 2026 pada 08:32 PG
Gambar AI.

POLIS menahan seorang lelaki berusia 31 tahun selepas disyaki membunuh ibu kandungnya yang ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan, Tambunan, Sabah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Erwansyah Abdul Basir berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan akibat senjata tajam.

"Kita menerima laporan pada pukul 2 petang semalam berhubung satu kejadian membabitkan seorang wanita berusia 56 tahun yang ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan, Tambunan.

"Susulan kejadian tersebut, polis mengesan seorang lelaki yang merupakan anak kandung mangsa," jelasnya dalam kenyataan.

Erwansyah berkata, suspek kemudiannya dikesan dan ditahan oleh penduduk kampung di sebuah sulap di Kampung Sukung, Tambunan sebelum dibawa ke Balai Polis Tambunan.

Katanya, setibanya di pekarangan Balai Polis Tambunan, tangkapan rasmi telah dibuat oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

"Pasukan penyiasat dan forensik telah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian serta merampas beberapa barang kes yang dipercayai berkaitan dengan kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat untuk menentukan punca sebenar kematian," katanya.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan lanjut jelasnya, masih dijalankan bagi menentukan motif serta kronologi penuh kejadian.

Tentang Penulis

Foto profil Metra Syahril Mohamed
Metra Syahril Mohamed

Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Berita berkaitan