MCMC tidak terlibat manipulasi sentimen politik
Anthropic melaporkan Malaysia menjadi sasaran operasi manipulasi komersial berasaskan AI.

MCMC
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil maklum mengenai laporan terkini yang diterbitkan oleh Anthropic dan memandang serius perkara yang dibangkitkan dalam laporan tersebut.
Menurut suruhanjaya terbabit, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, perkara yang dinyatakan dalam laporan berkenaan bukan sebahagian daripada fungsi atau mandat MCMC.
"MCMC juga tidak terlibat dalam sebarang aktiviti atau urusan sebagaimana yang digambarkan dalam laporan tersebut.
"MCMC kini sedang meneliti laporan berkenaan dan akan mendapatkan maklumat serta penjelasan lanjut daripada pihak-pihak berkaitan bagi memastikan fakta sebenar serta memahami konteks isu yang dibangkitkan," jelasnya dalam kenyataan.
MCMC memberitahu, berdasarkan maklumat dan bukti yang diperoleh, pihaknya akan menentukan tindakan susulan yang bersesuaian mengikut bidang kuasanya, termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan.
"Usaha melindungi orang ramai dan menangani kemudaratan dalam talian kekal menjadi teras tanggungjawab MCMC.
"MCMC akan terus memelihara dan memastikan persekitaran dalam talian yang selamat dan dipercayai untuk rakyat Malaysia," katanya.
Anthropic melaporkan Malaysia menjadi sasaran operasi manipulasi komersial berasaskan AI yang membabitkan lebih 1,000 akaun palsu di platform X, data pengundi serta sistem penyasaran berdasarkan kawasan pilihan raya bagi mempengaruhi sentimen politik.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Berita berkaitan

Empat kawasan di Sarawak catat bacaan API tahap sangat tidak sihat
Danial Adam · 8 September 2026 pada 10:04 PTG

Malaysia Tuan Rumah Mesyuarat Menteri Kesihatan ASEAN Ke-17 Di Kuala Lumpur
Danial Adam · 7 September 2026 pada 04:00 PTG

Aaron Kwok Bawa 'ICONIC World Tour 2026' Ke Kuala Lumpur
Danial Adam · 6 September 2026 pada 11:00 PTG

Siri iPhone 17 Rasmi Dipasarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM4,499
Danial Adam · 6 September 2026 pada 06:00 PTG

